Tentang Kami
Kenali sejarah, misi dan visi Tanjung Marina Global Sdn. Bhd.
Siapa Kami
Tanjung Marina Global Sdn. Bhd. ialah syarikat logistik dan pengangkutan yang berpangkalan di Melaka. Kami menyediakan perkhidmatan pengangkutan merangkumi pemindahan rumah, pemindahan pejabat, pengangkutan barangan kilang, penghantaran stok perniagaan dan pallet, serta pengedaran barangan sejuk beku dan dingin. Operasi kami meliputi Melaka, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Selangor dan Johor.
Misi Kami
Memperkukuh sektor logistik dan pengangkutan dengan menyampaikan penyelesaian pengangkutan yang praktikal, boleh diharap dan diurus secara profesional.
Visi Kami
Menjadi syarikat logistik yang dipercayai dan progresif di Malaysia, menyampaikan penyelesaian pengangkutan yang boleh diharap serta menghubungkan masyarakat, perniagaan dan industri.


Ibu Pejabat & Depoh Armada di Melaka
Pusat operasi kami di Tanjung Minyak, Melaka — nadi pergerakan armada TMG ke seluruh Semenanjung Malaysia.
2022
Tahun Diasaskan
8
Negeri Liputan
5
Jenis Lori
6
Perkhidmatan Teras
Pencapaian Syarikat
Diasaskan sebagai syarikat pengedaran kecil di Melaka yang membekalkan sekolah-sekolah.
Mengembangkan perkhidmatan pengedaran ke sekolah-sekolah di negeri lain.
Memperoleh dan mengurus pesanan daripada tender kerajaan.
Mula membekal kepada syarikat swasta dan pelanggan luar.
Berkembang ke sektor logistik lebih luas sebagai Tanjung Marina Global Sdn. Bhd.
